TABUNGAN MASA HADAPAN...

Friday 4 May 2012

QARIN

Assalamualaikum w.b.t..




hye semua !! apa kabar?? hopefully semuanya berada dalam keadaan yang sihat, insyaAllah..:)

so,, untuk entry hari nie.. aku nak cerita sedikit tentang qarin.. selalu gak aku dengar pasal qarin nie time aku sekolah menengah dulu,,, tapi,,,
tu lah manusia kan.. cepat sangat lupenya.. padahal benda nie adalah perkara penting... kalau bagi tengok RunningMan kompon semuanya ingat kan??? ye dakkkkk???? (mengutuk diri sendiri nampaknya... peace!!!!! )


and one of my friend penah gak cakap pasal qarin nie...
sebab itu lah aku mencari info tentang apa itu qarin nie yang sebenar2nya...
supaya aku paham & korang semua pun paham sekali kan????


okay...
first of all,, aku bagitau definition QARIN nie dulu ye...
qarin adalah perkataan bahasa arab yang bermaksud pendamping... tau tak pendamping tu apa??? maksudnya dia sentiasa berada di samping kita walau apa pun yang kita sedang lakukan (scary lah plak...) dalam erti kata lain, qarin juga dipanggil sebagai KEMBAR MANUSIA... 


peranan qarin ini adalah untuk membisikkan & juga mendorong manusia agar terus jauh dari membuat kebaikan & amal ibadah, malah terus menyukai akan kejahatan.. qarin nie tugas dia contohnya membisikkan perasaan was2 dan juga ragu2 ke dalam hati manusia, selain menyeru manusia agar meninggalkan solat 5 waktu serta juga memberatkan hati manusia untuk membaca ayat2 suci Al-Quran nul-Karim.. jahat kan qarin nie???


qarin nie Allah utuskan untuk manusia bagi menguji keimanan & ketaqwaan hambaNYA.. qarin adalah dari kalangan jin yang kafir, namun hanya bagi Rasuluallah S.A.W. sahaja yang qarinnya adalah muslim... ini kerana Rasulluallah telah berjaya mengislamkan qarin tersebut...



Firman Allah: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)





namun, Allah itu Maha Adil.. DIA meengutuskan malaikat bagi menyeimbangi usaha qarin dalam membisikkan niat jahat dalam hati manusi.. sebab tu lah manusia diberi pilihan sama ada untuk mengikut perintah Allah atau pun melanggar perintahNYA..


sebagai orang islam, kita semua masih boleh menghalang niat "murni" qarin nie dengan mendekatkan diri kita kepadaNYA... dengan melakukan solat2 sunat., membasahkan bibir kita dengan zikruAllah, sentiasa membaca ayat2 Al-Quran walaupun hanya sepotong ayat pada setiap hari..


dan untuk pengetahuan korang semua juga, qarin nie akan terpisah daripada manusia apabila mereka mati, namun, qarin akan dihadapkan bersama2 dengan dampingannya untuk diadili oleh Allah nanti semasa hari Kiamat, namun qarin akan MELEPASKAN TANGGUNGJAWABNYA begitu sahaja... segala salah akan ditanggung oleh manusia itu sendiri.. kerana dia tak cukup kuat untuk melawan kejahatan qarin ini...


so,,, apa pengajaran yang boleh kita dapat untuk hari nie????
mmmmmm... segala apa yang kita lakukan adalah bergantung kepada hati kita.. sekiranya hati kita kuat untuk melawan godaan syaitan & jin, insyaAllah harmonilah hidup kita nanti... tapi,,, jika sebaliknya, maka susah lah kita nanti... lebih2 lagi semasa hari pembalasan tiba... muhasabah diri sejenak...

kita adalah apa yang kita lakukan... berdoalah agar sentiasa Allah kurniakan hidayah kepada kita.... insyaAllah...:)



selamat beramal ye semua!!!!!!!!!!!!!!!








jejari berkata : muhasabah itu jalan memperbaiki diri kita...

No comments:

Post a Comment