TABUNGAN MASA HADAPAN...

Saturday 9 February 2013

Cet got new friend :)

Assalamualaikum w.b.t

morning !!!!!!!!!!!!!! hari ni kampung aku ada sambutan & perarakan maulidur rasul. huhu. aku tak pergi. mak wajib pergi then abah, baihaqi, ika dengan faiz join sekali. :) so, tinggal lah kitorang bertiga je kat rumah.

pagi ni taknak membebel banyak2. just nak share dengan semua yang dak cet dapat kawan baru. i think he was so happy rite now. haha :)

awak putih, saya coklat.
awak pendek, saya tinggi sikit.
awak takde mata, mata saya kecik.
awak girl, saya nak jadi boy lah.
weeeeeeeeeeeeeewwwwwwwiiiiiiiiiiiiittttttttttttttttt ~~~~~~~~~

huhu. kelakar lah aku tengok kawan dia ni. mata takde. LOL

okay lah. nak pergi masak plus kemas rumah lah. anyeonggggggggggggggggggggggg ~~~~~~~~~~~~~




p/s : Kamu Saja :)

Friday 8 February 2013

Finally, Semenanjung, Home

Assalamualaikum w.b.t.

haiiii :) first entry setelah aku menjejakkan kaki kat semenanjung. cehhhhhhhhhh. macam lah aku ni dok oversea. setakat over the sea yelar kot. haha :)

alhamdulillah. semuanya berjalan lancar dari naek flight sehinggalah aku sampai rumah semalam. haha. terasa sekejap jek cuti. tinggal 7 hari jek lagi nak balik Sabah balik. mmmmmmmmmmmm. dah nasib badan kan. dari tak dapat balik langsung. okay lah tu. huhu :)


seriously dah banyak kali jugak lah naik plane, and first time lah aku rasa naek takde rasa gegar2 and time landing tu sangat lah smooth. tak terhentak langsung okay. such an expert pilot lah. gambar tu gelap, so aku try terangkan, tapi tak bole pulak. setakat pakai phone punya kamera yang 2MP tu jek. memang hampeh lah kan. haha :)

before balik tu sempat lah aku pergi dinner atau dalam perkataan lain dating jap dengan classmate aku yang hantar aku. perggggggggggghhhhhh memang kenyang & sedap juga lah makan kat Tg. Aru. harga memang mahal lah. sepinggan rm8. memang nak tercekik aku tengok harga, naseb baek sedap. berbaloi jugak lah.



sampai-sampai tu akak sepupu aku yang ambil and hantar aku dekat rumah pak oteh aku kat puchong. semalam aku tidur sana and tengah hari tu aku balik melaka naik bas meninggalkan segala barang kat situ sebab malam ni pak oteh aku balik sini. 


dak hitam. haha. kesian dia sebab dia ni takde kawan. takut nak keluar sebab banyak kali kena buli dengan kucing2 lain. so, dia akan duduk rumah jek. sangat manja. :) 

transnational. jauh kot perjalanan aku. dari putrajaya ke bts ke melaka. memang penat lah. 

mmmmmmmm. so, setakat ni jek lah. aku nak keluar jap. jenjalan. budak2 kecik ni tido, so diorang tinggal kat rumah lah. anyeongggggggggggggggggggg ~~~~~~~~~~~



p/s : bila nak dapat baucer ni. kat semenanjung baucer boleh guna kat Mydin. kan best Giant pon boleh. mmmmmmmmmmm :(








Wednesday 6 February 2013

Saje-Saje :)

Assalamulaikum w.b.t.

memandangkan tajuk entry aku hari ni saje saje, maka sebab aku tules entry ni dah tentu lah saje-saje jek kan. haha. makin takde motip lah aku ni. saje-saje jek aku menghabiskan masa kat bilik ni sementara tunggu wani dengan nadia balik. diorang still kat hatcheri, look after fish :)


# i love you by najwa latif :)

entah kenapa aku sekarang ni macam malas. malas nak bercakap. malas nak berfikir. malas nak buat apa2. malas semalas-malasnya lah. haha :) maybe sebab mood nak balik kot agaknya. mmmmm. confius dengan diri sendiri. ada split personality ke hape aku ni. haha :) 

               
ihsan incik google. :)

 and aku rasa aku sangat9 banyak berfikir sebenarnya, itu yang buat aku jadi malas tu. macam-macam lah yang aku fikir. sangat serabut kepala otak aku ni. ada sapa2 nak tolong program ka balik tak otak aku ni?? sangat penat ooooo asyik berfikir. bukan semuanya datangkan faedah pun, banyak yang buat jadi jiwa lagi kacau ada lah. haha. pening-pening 999999999999999 :(

 
memandangkan aku nak balik ni mesti aku akan rindu mereka berdua ni. wani dengan nadia.  haha. sebenarnya kan aku ni bukan jenis yang senang2 nak cakap rindu dekat kawan2 yang rapat. even dengan mak dengan abah pun aku segan. haha. wani & nadia, if korang baca blog ni, korang perasan tak aku macam pemalas nak bercakap sekarang ni? ke aku jek yang perasan sorang2. haha. mmmmm sorry if korang ada terasa hati. aku malas nak bercakap. simpan tenaga. haha. just kidding. both of u, just bear in ur mind that i always love and care for u because u guys always there when i need some help. :) sorry if aku ada buat salah apa-apa, but aku buat taktau :) *malunakcakap*


saje-saje jek aku nak bagitau yang aku nak balik semenanjung malam ni, flight pkul 8.15 malam, insyaAllah sampai LCCT pukul 10.45 malam. doakan aku selamat pulang dan kembali ye :) 



mmmm. oke lah setakat ni jek aku saje-saje membebel. nak pergi kemas barang dengan sidai baju lah.
anyeonggggggggggggggggggggggg ~~~~~~~~~~~~~~~~


p/s: sedih lah sebab dorang tak hantar pergi airport. mmmmm



Monday 4 February 2013

Takde Motip :)

Assalamualaikum w.b.t...

haiii :)
hari ni, aku.......


haha. seronok sebentar. dah lama tak leh bangun lewat lepas subuh. hari ni dapat. heaven nye. 
even ade pepatah kat bawah ni


tapi, aku tetap nak juga tido. just nak rest lama2. haha :) 
bebudak kecik ni semuanya tengah lepak lagi.


okay lah. babaiiiiiiiiii. aku terbangun awal ni sebab mak aku call. sebab tu lah. kalau tak rasa nye tengah mimpi di siang hari lagi ni.
anyeongggggggggggggggggggggggg ~~~~~~~~~~~~~~


p/s : :) 


Sunday 3 February 2013

What.Is.This?

Assalamualaikum.w.b.t.

hai :) entry ni aku saja2 jek tules sebab aku nye tangan ni gatal2 nak update entry baru kan. rabu ni aku nak balek semenanjung untuk seminggu atau lebih tepatnya adalah 10 hari. haha. such a very short semester break holiday rite? haha. tapi untuk budak2 aquaculture UMS, kira bersyukur lah dapat balek daripada langsung tak dapat balek kan. classmate aku dah berduyun-duyun dah balek semenanjung start semalam and dah berduyun-duyun gak yang balek sini balek. berduyun lah sangat padahal 37 org saja pon. huhu. :)

haha. takde motip??

wow. related together.

cetttttt. patutlah senang je pompuan cair. ada rupanya ayat ni. google jek jumpa.

okayyyyyyyy. semua ni macam takde motip jek aku tules. sebab aku taktau nak tules apa. tapi aku nak update juga entry. wahahahahaha. byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee333333333333333333. :)

p/s :
my mood but not all i can't expressed it. it just what i feel deep in my heart rite now.

#2 : Hatchery's Life

Assalamualaikum w.b.t.

hai :) beberapa hari ni aku tak cukup rest sebab memikirkan masalah yang datang bergolek-golek tanpa dapat aku tahan. nampak muka macam takde apa-apa yang jadik pon, padahal dalam hati, Allah aje yang tau perasaan aku. mmmmmmmmmm. anyway, semua yang jadik mesti bersebab kan? and opkos i'm a tough girl since i manage to handle it even i dunno whether i handle it properly or not. haha.

so, since the entry is about hatchery's life. opkos lah masalah aku ni melibatkan apa yang jadik kat hatcheri. kan? kan? straight to the point lah ehh. kalau korang kenal aku or maybe korang pernah baca entry2 aku before this, korang mesti tau yang aku adalah student aquaculture UMS and we had given a task regarding on shared farm so that we can graduate and also fly to Japan next year. insyaAllah. :)

last saturday, semua group shared farm kena ambil ikan keli 2 inci dari hatcheri sebanyak 2000 ekor. kena jaga ikan-ikan tu then boleh lah jual ikan2 tu depend on effort kitorang nak jual macam mana kan. so, selepas 2 hari kitorang jaga ikan2 tu, tiba2 we noticed that some of those Keli behaves weirdly. after we got some advices from our consultant we decided to do treatment to the Keli and quarantine them for a while and also remove all the sick and dead fish. we treat them with seawater as seawater can help to remove some bacteria and parasites that stick to the Keli's body. in UMS hatchery we are not allowed to use any chemical to treat fish. kitorang pon quarantine lah ikan2 tu and asingkan kepada 2 tangki untuk mengelakkan high stocking density, if not ikan2 tu boleh mati sebab terlalu crowded and also tak cukup DO.

but maybe due to some mistake the next day, ikan2 tu makin teruk saket and akhirnya kami terpaksa give up  and semua ikan2 tu terpaksa kami buang dan tanam sebab tak dapat diselamatkan. memang sedih sangat lah sebab 2000 ekor mati macam tu jek and kami tak dapat apa2 untung pun lagi dari ikan tu. semua ikan2 tu selamat dah kami kebumikan. and now kitorang kena beware always and be more wise lah. supaya nanti kami dapat ikan lagi, takkan ada malasah yang sama. group shared farm yang lain pon ada yang dapat masalah yang sama but not all ikan2 mereka mati. it just happened to us. so sad !!!

ikan-ikan yang mati tenggelam kat dasar tangki

ikan-ikan yang dah mati, separuh nyawa pun ada.

tak sempat nak snap gambar since terlalu banyak kerja nak buat plus pagi tu hanya ada aku dengan wani saja. yang laen kitorang dah clear habis baru sampai. so, bila dah jadi gini memang lah semua akan fokus kat kitorang seolah-olah kitorang ni macam fish killer lah kononnya. haha :) but, this matter insyaAllah will make us more stronger after this. so now we just focus on culturing and rearing tilapia. but, soon maybe few day after this, we can get another thousand of Keli from hatchery. happy :) bye22222222222. salam.



p/s : today shud be a very memorable day for me, but, due to some problem, it just cannot happen here. deep down in my heart, i'm sooooooooo sad. :(



Friday 25 January 2013

Dari Allah kita datang, pada Allah juga kita kembali


Assalamualaikum w.b.t.

entry hari ni aku nak kongsi kan kisah seorang kenalan dari kmm. beliau telah kembali kerahmatullah. aku penah ade mention kan dekat entry aku before this. everything diceritakan oleh family arwah & aku hanya copy paste sahaja. semoga kisah ini memberi pengajaran dan tauladan pada kita semua. insyaAllah. amin :)


6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 
                                   
Lawatan  Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke  telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami  perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi.  Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan  diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung  tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang  tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan  yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2  waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak  solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari  Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.  Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi,  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.  Ultrasound pula  diambil.  Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang  Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar  ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan  menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak  katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja  lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran  pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap  tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya


SITI HAJAR 
                                                                                                                
Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah 

Wednesday 23 January 2013

#1 : Hatchery's Life

Assalamualaikum w.b.t.

hai semua. sehat? semoga kawan2 semua sehat2 belaka ye. insyaAllah.
sebelum aku membebel dengan panjang lebar nya, aku nak minta tolong dari semua. sedekahkan Al-fatihah buat kenalan dari kmm(arwah siti hajar), arwah telah kembali kerahmatullah kerana accident. Al-fatihah. baca dari post kawan2, mereka kata kubur arwah wangi dan bercahaya. itu kata dari penggali kubur yg bertanggungjawab utk menggali kubur arwah. sesungguhnya arwah mmg seorang yg baik dan solehah semasa hayatnya. alhamdulillah. :) kita nanti macam mana ye??

so, start with my story for today. i think today was the hectic day i ever had in ums hatchery. dari pagi sampai petang asyik kena marah. hidup dalam keadaan serba salah dari pagi sampai petang. yeahhhhh. it was our mistake for take that things for granted. maybe our consultant give too much her kindness to us, so we can amek mudah jek everything that she told us. actually, i think our mistake today is due to lack of communication and consultation. we already consult the job that e need to do today yesterday, but we did not do it according to the procedure that we shud done. so, apa lagi. memang kena tembak habes lah dengan consultant dan juga upervisor kami.

sebenarnya, cerita dia macam ni. hari ni kami ada buyer nak beli 100 ekor tilapia induk dengan harga rm 12/ kg. but, we need to select only 60 tails out 80 tails fish that we have. we need to follow the breeding ratio. means that 1:6 ration. 1 male 6 female. so, supposely we shud transfer all of our precious green water to another C tank instead of throw them. but, unfortunately our leader want to use kaedah kepung instead of transfering method. so dari situ nampaklah pembaziran air di situ sebab nak hasilkan air hijau yang cantek dan high quality sangat susah. but, we just bazir kan macam tu ja. thats y lah kena marah. memang sangat sedih sebab our consultant said that mereka rasa mereka terlalu baek dengan kami sampai kami tak dengar tunjuk ajar mereka. sebenarnya ada salah paham di situ sebab kami ada sebab kenapa kami guna kaedah tu. memang sentap lah kena marah & mood memang swing habis lah pastu. but, aku malas nak tunjuk depan2. penat. haha.

second thing, petang tadi. masa kami nak transfer ikan dari blue tank to cage net, tiba2 ada visitor yang datang secara tiba2 dalam hatcheri. sepatutnya hatcheri mmg tak di open utk org luar or dengan bahasa ygang lebih mudahnya, tak boles sesuka hati nak masuk hanya student dan staff sahaja boleh masuk. disebabkan hanya member grup aku jek yang ada kat kawasan hatcheri time tu maka mereka dtg approach kami dan tanya pasal nak beli ikan. but kami cakap kami tak boleh jual sebab mmg rule hatcheri tak boleh ada sudden buyer. haha. sekali lagi kena hentam padahal kami taktau apa2. and the buyer yang salah. and yang lagi tragis nya macam2 lah buyer tu cakap sampai lah kawan aku nanges sebba tak tahan. tapi nanges lepas org2 tu balek lah. and our consultant pun macam dah moody jek dengan kitorang tak macam biasa. sedih ooooooooooooo.

apa2 pun, memang pengajaran yang bermakna lah. aku akan ingat sampai bila2 sebab ada setahun setengah lagi aku kat sini and possibility perkara yang sama nak jadik pon tinggi. just kena prepare mental and physical. i'm gonna be a tough girl. haha. nanges time mandi lah nampaknya. huhu. :)

so, moral of the story is don't take things for granted. :)

byeeeeeeeeeeeeeeee... salam ~~~~`

Tuesday 22 January 2013

Semester Break Start :)

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, akhirnya setelah berhempas pula selama 3 minggu exam semester 3, maka cuti semester aku pon dah bermula. yeaaaaaaaaaaayyyyyyyyyyyyyyyy :)


tapi, yang tak best nya adalah aku rasa semua paper aku hancurrrrrrrr especially paper akaun & hatchery design. haha. :) sangat tough ye soalan dia. apa2 pon, aku tawakkal lah sebab aku dah usaha sedaya upaya aku. insyaAllah semuanya smooth sahaja. sebab setiap apa yang Allah bagi seiring dengan usaha yang telah kita buat kan? so, if result aku teruk, means that aku memang tak usaha sungguh2 time exam or DIA mmg dah tetapkan sesuatu yg lebih baek. insyaAllah. :)

so, sepanjang cuti ni selama sebulan, 2 minggu lebih aku akan bermastautin di UMS sebab kan shared farm. nak pergi jepun kan, so kena lah kumpul duet poket. huhu. insyaAllah capai kot target kitorang bila bulan 7 nanti. insyaAllah. amin :) wish all of us good luck ye kawan-kawan semua.

oleh yang demikian(ayat penuh bm), rutin harian aku adalah bilik --> hatcheri --> bilik. tu jek. even makan pon aku rasa kat sana kot. haha. :) apa2 pun hatchery life memang sangat best. because everything that u learn in class, u can get it clearly through hatchery work that u do everyday. bagi aku cara pembelajarannya sangat best sebab semua yg kita belajar kita akan apply practically dalam routine work di hatchery. huhu. :) and what i wanna underline here is hatchery work is awesome :) love fish sooooo much. perkataan regret tak pernah muncul dah after aku kenal betul2 apa tu aquaculture. future in this industry is very huge, just u wanna grab it or not. that's all. 

last but not least, selamat bercuti kepada semua penuntut2 universiti di seluruh Malaysia. enjoy cuti anda sebaiknya ya. and sebelum terlupa, sedekahkan Al-Fatihah buat seorang kenalan semasa di kmm dulu, beliau sudah kembali kerahmatullah sebab accident & pembedahan yg dilakukan ke atas arwah tak berjaya. insyaAllah arwah tergolong dalam kalangan org2 soleh solehah. amin 

salam...... anyeonggggggggggggggggggggg~~~~~~~~~~



Sunday 6 January 2013

Abah :)

Assalamualaikum w.b.t. 

aku rasa dah ramai yang baca kisah ni sebab aku pon #copy paste dari seorang sahabat blogger nie. baca ye. serious sangat sedih. dah lah homesick nie. :(



Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?"
"Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?".
Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...".
Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?"
"Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya.
Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?"
"Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal.
"Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?"
"Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira.
Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?"
"Cukup, Terima Kasih ya...".
Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.


sedih kan? laptop yang aku guna sekarang ni adalah hadiah dari abah sebab result SPM aku. sangat terkejut since bagi aku time tu terlalu awal lagi untuk aku dapat benda nie sebab aku memang dah bajet nak beli bila nak masuk uni nanti, tapi rupa2nya rezeki aku awal sikit. aku dapat time baru2 masuk matrikulasi. sangat happy. sebab time tu abah tengah saket sebab accident, tapi abah sanggup pergi beli. mula2 mak tanya tu, aku cakap lah aku tak perlukan sangat pun, lagi pun ramai budak2 matrikulasi mana lah pakai laptop since semua assignment kan handwritting ja. tapi mak dengan abah insist juga, so, aku terima dengan hati terbuka. Thanks Mak & Abah. sebab aku rasa aku selalu dapat apa yang aku nakkan even aku tak pernah nak beria-ia nak. sama macam phone yang aku tengah pakai sekarang. aku memang cakap dengan abah yang aku nak tukar phone, tapi abah cakap nanti abah belikan.tup tup time nak balik sabah, i got this phone. thanks Abah & Mak. aku rasa sedih pulak kan tiba2. haha. :) 

Because of this feeling, the feeling of owing both of u so many things, i always bear in my mind that i should do everything fully hearted. study hard & everything that i do, i should do it with the best effort that i had. bila tengok gambar mak & abah, hati aku selalu cakap yang aku mesti balas jasa mereka dengan berusaha keras. sememang nya mereka lah the greatest booster that encourage me towards succcess. i love both of them so much. :) always love both of you.


bye.. anyeong ~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday 4 January 2013

Aku Jatuh Cinta Lagi Sekali :)

Assalamualaikum w.b.t...

hye semuaaaaaaaaaa !!! apa kabar? harap korang semua berada dalam keadaan yang sehat sentiasa ye. sebelum aku membebel pasal tajuk entry aku yang agak meletopssssssssss tu, aku nak share yang harini aku sudah start paper final yang pertama untuk semester 3 nie --> Management. haha. mmang lawak lah kan sebab 100 soalan even MCQ, tapi otak aku asek konpius jek masa nak jawab. bila baca soklan dia mesti aku cakap camnie " ehh macam penah baca lah, apa ekk jawapan dia?". banyak juga soalan yang aku maen taram jek. huhu. harap2 betul lah. :) second point is, aku dapat satu dewan dengan dia. haaaaaaaaaaaaaa jangan jeles ye mak jemah sekalian. saya sangat sukaaaaaaaaaa. kuang33. :) tapi yang tak syok nya bila dah abes exam nak balek, aku tengok helmet aku dah penuh dengan ayaaaaaqqqqqqqqqqq hujan. haaaaaaaaaaaa amek kau. memang sejuk lah kepala aku. mula2 taknak pakai, tapi pakcik keselamatan UMS lalu pulak. kantoiiiiiiiiii. huahua. :) naek motor menggigil-gigil. haha. memang basah tudung aku sampai ke rambut haaaaaa. terbaek lah. haha.

so,,,,,,, back to the main topic. topic aku jatuh cinta sekali lagi. haha. sapa lah insan yang terpilih tu ekk? haha. meh3 aku bagi korang tengok gambar dia . waaaaaaaaaaaa. aku memang dah jatuh cinta dengan dia. astaghfirullahalazim.


haaaaaaaaaa. jangan nak curi dia plak ehh. aku babap karang. comeiiii + handsome + macho + segala macam lah. paling suka tengok dia senyum. waaaaaaaaaaa. boleh tak tido malam. haha. nampak sangat menipu tak boleh tido malam. korang tau kan siapa dia? Lee Seung Gi. Korean artis. Singer + Actor. masa aku tengah hapdet entry nie, suara dia terngiang2 kat telinga aku. wahaha. sebab aku tengah dengar lagu dia. sangat sedap suara dia. memang perfect lah. pandai berlakon + suara sedap. waaaaaaaaaaaa. such a good package he have. Kalau korang suka tengok korean movie or drama series, mesti korang da tengok dia berlakon dalam King 2 Heart, My Girlfriend Is A Gumiho & Shinning Inheritance kan?? sangat bestttttttttttt. but the best among the best is King 2 Heart. sangat tak jemu tengok. and the feeling still the same even dah tengok berulang kali. korang tengok lah drama2 yang dia berlakon. mesti korang macam aku juga. 200% fell in love with him. haha. :) 

okayyyyyy, korang layan lah gambar2 dia yang comeiiiiiiiiiiii nie. haha. mesti ada yang tak tidur malam nie karang. haha. sory :)

 


                       


         


 


haaaaaaaaaaaaaaaa. apa komen korang? terkelu kan?? sebab dia comeiiii sangat. senyuman dia tu yang buat dia comeiiiiiiiiii sangat9999999999 :)

okay lah, aku nak sola dulu then nak pi study. doakan untuk aku okay for the next 5 paper. bye. anyongggggggggg~~~~

Tuesday 1 January 2013

2013 : 1 January 2013 :)

Assalamualaikum w.b.t..

hari ni, aku nak share the sweetttttttttt moments that happen today, the whole day :) for the first time in my life, aku macam orang yang sungguh2 bangun pagi solat Subuh then keluar dalam gelap2 bawak motor nak pergi tengok sunset. haha. such a sweeeeeetttt "effort". sanggup tu. meredah kegelapan & kesejukan pukul 5.45 pagi. of course the best part was its on the 1st January 2013. the first of new year. hope that this year will be more good for me compared to the previous previous year :) Aminnnn.

1. Waiting for the Sunset :) . here some pics i took by myself and also from facebook. huhu. sorry for the not sooo nice pics..

~the moon that i captured once i reached UMS Canselori ~

~waiting patiently in cold ~

~cannot be rotate, dunno y ~ the sky~


~its comingggggggggg~


~ yeayyyyyyyyyyyy. the sunset. so beautiful ~

~tarrrrrrraaaaaaa. its from prof senoo ~ haha

~cuba tengok apa beza gambar nie dengan gambar kat bawah nie?~


~here we come UMS~the great UMS aquaculturist


2.New Year Hatchery lunch :)

~ preparing & set up the food~

~some of the senior 3rd year~

~four of us, siap paksa kak anne lagi tu amek gambar ni. haha ~ tq soooo much kak anne.
sayang korang bertiga
~nadia, wani, me & filzah~

gambar gambar tu sikit jek. aku pon tak sempat nak amek gambar time Prof Senoo masak the korean food. so amazing because its my first time eat his cooking. so nice and delicious. its fun rite to have numerous kind people around us. haha. :) 

so. till here. nanti aku hapdet lagi all the moments i'm at UMS as aquaculture student :0

bye... anyeong ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~